TazLim : Cinta + 100th Post..

@Kamu Mau Cinta Ini@

ATAU

@Cinta Ini?@

.Pilihan Di Tangan Kamu.

Hadith : Cinta Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda : Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman : Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka. [Bukhari & Muslim]

Diriwayatkan daripada Nu'man bin Basyir r.a katanya : Rasulullah s.a.w bersabda: Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta-mencintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit. [Bukhari & Muslim]

Dari Anas ra, katanya Nabi saw bersabda : "Tidak (sempurna) iman seseorang kamu sebelum ia lebih mencintai aku daripada mencintai ibu-bapanya, anaknya dan manusia umumnya." [Bukhari]


  • Cinta Kerana Allah?
  • Kemanisan Iman?
  • Dah Rasa Kemanisan Iman?
  • Manis? Insya Alah
  • Sama2 Kita Usaha Untuk Kecapi..
  • Belum Cuba Belum Tau

@James Morrison Pon Kate Love Is Hard@

Sekian Sjaa.. Wassalam..
BACA LAGI JOM :D - TazLim : Cinta + 100th Post..

Pengisytiharan TazLim

@Jom Bagi Tazkirah!!@

Salam.. Post Ini Di'Post' Untuk Mengisytiharkan TazLim Di Blog Muhammad Abduh Bin Nasseri. apa itu TazLim? Well, Kalu Kat Skola, Tazlim Tu Tazkirah Lima Minit.. Tapi!!. Kat Blog Ni, Tazlim Tu Tazkirah Lima Saat. Well, Tazkirah Kalu Panjang Sangat Tak Kira Tazkirah, Tu Ceramah.. Kan Kan Kan??

Jadi, TazLim Akan Bermula Lepas Post Ni. Tazlim Ini Akan Berpandukan AlQuran Dan Hadith Nabi. Ok?..

"Dengan Ini, Saya Muhammad Abduh Bin Nasseri, Mengisytihar TazLim Di Blog Saya Sendiri. Hii."

Wassalam..
BACA LAGI JOM :D - Pengisytiharan TazLim

Babi Tu Tak Salah

@na'udzubillahimin zaalik@

Salam. Cuti Ok?. Baik2 Cuti, Jangan Sampai Leka. Hii. Penulis Telah Meletakkan Sebuah Tajuk Untuk Post Ini Yang Pastinya(yekah?) Menimbulkan Kontroversi. Babi Tu Tak Salah. Memang Tak Salah. Apa Salahnya Seekor Binatang Ciptaan Allah Sehinggakan Kita TerAgak-Agak Untuk Mengatakan Babi.

Punca Kita Takut Untuk Cakap Babi.
@>Babi Digunakan Sebagai Kata Carutan.

Mencarut??

Mencarut merujuk kepada perbuatan maki-memaki ataupun pengeluaran kata-kata kesat.
Jadi, Babi Tu Nama Binatang. Bukan Kata2 Kesat..

TAPI!!!!

Bila Perkataan Babi Itu Disalahgunakan, Tu Yang Salah, Tu Yang Jadi Kata-kata Kesat. Bila Babi Digunakan Untuk Memaki Orang Lain, Itu Yang Jadi BERDOSA.


BACA LAGI JOM :D - Babi Tu Tak Salah

Puasa Sunat Arafah (ESOK)

@upin n ipin pon leh bangun sahur.. hii@

Salam.. Esok Bersamaan 26 November 2009 Merupakan Hari Arafah.. Jadi, Bagi Kita Yang

Tak Ber'WUQUF' Di Arafah, Disunatkan Utk Puasa.


Menurut Hadis(x ikut skema), Sesiapa Yang Berpuasa Sunat Pada Hari Arafah, Diampunkan Dosanya 1Tahun Sebelumnya Dan 1Tahun Selepasnya.

..Tapi..

Jangan Pulak Kita Puasa Sebab Nak Buat Dosa Banyak2 Taun Depan. Juz Jadikan Hadis Ini Sebagai Perangsang Untuk Kita me+ Ibadah Sunat Kita..

Jom Puasa.. hii
Bole Berbuka Kat Surau Taman Dawani .. Bawak Makanan..

Wassalam

BACA LAGI JOM :D - Puasa Sunat Arafah (ESOK)

Renungan Sjaa..

@hati??@

Salam.. Bes Cuti? Ada Satu quote Yang Penulis Nak Kongsi. Buatan Sendiri. Hii

"Kita Suka TENGOK Bilik Kita Bersih. Tapi, Jangan Biarkan Hati Kita Kotor Hanya Kerana Kita Tak Dapat TENGOK Hati Kita"

Cara Nak Bersihkan Hati?
  1. Temani Sahabat Kita, Al-Quran


2. Ingati Tuhan Kita, Allah

Renungkanlah(sama-sama)
Wassalam
BACA LAGI JOM :D - Renungan Sjaa..

Banyak Yang Perlu Disyukuri

@thanks to all wishers@

Salam. Secara sengaja, penulis telah mengeluarkan satu statemenet yang obvious teramat sangat. Semua orang tahu banyak yang perlu disyukuri. Tetapi, sedarkah kita apa yang perlu disyukuri.

Baru2 ni, penulis diserang sakit perut yang membuatkannya terbaring diatas sofa dan tak mampu untuk berbuat apa2. Sekarang barulah dia sedar yang dia tidak mensyukuri nikmat kesihatan. Ada satu perkataan yang berkaitan dengan syukur iaitu.....

Kesusahan. Penulis(ye ke) mendefinisikan kesusahan sebagai ketiadaan syukur sewaktu senang. Sebenarnya, dalam susah, masih ada lagi nikmat yang masih kita ada. Contohnya, kita hilang duit dan kita rasa itu susah. Sedangkan kita masih ada tubuh badan yang sihat untuk mencari/melakukan sesuatu untuk mendapatkan duit itu semula.

Tetapi disebabkan kita asyik memikirkan tentang benda yang kita tiada, kita lupa tentang perkara yang kita ada. Ingat, manfaatkan nikmat yang Allah berikan kepada kita kerana sekiranya kita tidak manfaatkannya, itu satu pembaziran dan Syaitan sukakan pembaziran.

Wassalam
BACA LAGI JOM :D - Banyak Yang Perlu Disyukuri

9 Jenis Pembaziran


Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat sembilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia antaranya:

1. Pembaziran ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.

2. Pembaziran amalan - iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas

3. Pembaziran kekayaan - iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah SWT.

4. Pembaziran hati - iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah SWT.

5. Pembaziran tubuh badan - iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT.

6. Pembaziran cinta - iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

7. Pembaziran masa - iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya.

8. Pembaziran akal - iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Agama.

9. Pembaziran zikir - iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Semoga nasihat ini memberi manfaat kepada kita semua.

dicopy-paste dari blog surau taman dawani.. lawat lah ye..
BACA LAGI JOM :D - 9 Jenis Pembaziran

Tak Ramai Yang Selamat

@sekadar renungan@

Salam. Dah Lama Agaknya Penulis Blog Ni Tak Post. Setelah Memikir n Menganalisa, Rasanya Telah Tiba Masanya Untuk Penulis Menge'POST' Tentang Perkara Ini.
Lepas Baca Tajuk, Secara Umumnya Mesti Pembaca Tertanya2.
  1. Siapa Yang Tak Selamat?
  2. Tak Selamat Daripada Apa?
Jawapan Soalan Diatas :
  • Yang Tak Selamat Tu Ramai. Tapi Kat Sini, Penulis Nak Khususkan Kepada Rakan-Rakannya. Disebabkan Penulis Mempunyai Ramai Rakan(normal utk sume org), Penulis Mengkhususkan Kepada Rakan-Rakannya Yang Telah Keluar Dari SMIH n SRIH. Tapi Tak Sume Yang Tak Selamat. Ada Yang Selamat, Dan Sejuk Rasanya Melihat Rakan2 Yang Masih Selamat.
  • Tak Selamat Drpd Apa??? Daripada Arus Kejahilan Di Luar Sana. Memang Seronok Bila Melihat Rakan2 Kita Masih Mem'PRAKTIK'kan Ilmu2 Yang Mereka Belajar Di SRIH dan SMIH. Tapi Sedih Yang Tidak Terhingga Pabila Melihat Rakan2 Yang Sudah Melupakan Ajaran Guru2 Mereka Semasa Berada Di SMIH dan SRIH.
  • Contoh Yang Paling Senang. COUPLE. Kepada Mereka Yang Keluar Dari Sekolah Hidayah Masa Sekolah Rendah Rasanya Belum Didedahkan Dengan Perkara Ni. Kerana Di Sekolah Rendah Takde Didedahkan Pasal Ikhtilat. Mungkin Mereka Tak Sedar Yang COUPLE ITU HARAM. simple equation - COUPLE = HARAM = DOSA.. Lepas Dosa, Tau La Nak Buat Apa Kan?.
  • Saket Tengok Orang Buat Masalah Kat Luar.. Lagi Saket Tengok Orang Buat Kat Dalam.
  • Ana Memang Betul40 Respek Kat Rakan2 Ana Yang Masih Jaga Diri Lagi. Yang Ana Nampak.. Arif Sukimi, Jaafar.. Ramai Lagi Kot. Nak Cakap Sume, Malas Orang Nak Baca. Kalau Kenal Takpe Gak.
Sekadar Renungan.. Peringatan.. Untuk Manfaat Kita Bersama
p/s :Jangan Tengok Sangat Orang Yang Bagi Peringatan Ni, Sebab Dia Pon Perlukannya. MAAF ANDAI ADA MANA2 PIHAK YANG TERGURIS KERANA POST YANG AGAK PEDAS NI

Wassalam
BACA LAGI JOM :D - Tak Ramai Yang Selamat