abduh's blog
Peringkat Iman yang ke 2 n 3

@@ingat lagi?@@

Salam.
Akhirnya, dapat jugak selit siket masa bulan Ramadhan ni untuk mengePOST. Da2, Jom teruskan dengan peringkat iman yang ke 2 n 3. Ana cuba summarize(eheh?) la. Oke2. Here Goes.

PERINGKAT IMAN KE 2
Ingat balik cite yang lepas tu, ingat tak? yang pemuda kedua membuktikan keberadaan Amri dalam rumah tu hanya dengan mendengar suara seorang lelaki?. Peringkat iman ini biasanya diperolehi oleh ahli kalam. Mereka2 yang membuktikan sesuatu dengan dalil2 dan hujah2 mengikut logik. Contoh Hujah Mereka "bukti adanya tuhan adalah makhluknya. Tidak ada akibat sekiranya tidak ada sebab. Sebab boleh menjadi akibat, tetapi ditimbulkan oleh sebab yang lain. Rangkaian sebab dan akibat pada akhirnya akan berakhir pada sebab yang permulaan, sebab pertama, kausa prima. Itulah Tuhan." Jadi, apa bahayanya iman peringkat ni?. Ingat balik cite tu. Pemuda 2 dengan suara seorang lelaki didalam rumah, dan mengatakan itu suara kepunyaan Amri. Padahal dia tak tau ayah Amri ada dalam rumah tu. Boleh jadi suara yang didengarinya bukan kepunyaan Amri. Jelas?

PERINGKAT IMAN KE 3
Pemuda ke-3 membuktikan kewujudan Amri dengan MUSYAHADAH atau penyaksian. Inilah keimanan para sufi, para 'arifin.. Keimana jenis ini tidak berdasarkan kepada logik atau cerita orang. Keimanan ini dilakukan dengan melihat sendiri atau merasa sendiri. Mereka berusaha untuk mendekati Allah sehingga mereka dapat melihat dan merasa Asma' Allah dengan hati yang suci, jernih dan bersih. Keimanan ini merupakan keimanan tahap yang tertinggi dimana tiada keraguan pada dirinya tentang rukun iman yang 6 yang kita belajar waktu sekolah rendah tu.

WASSALAM
SEGALA KESALAHAN HARAP DAPAT DIBETULKAN

Labels:


2 Comment(s)
Older Post | Newer Post