abduh's blog
Banyak Yang Perlu Disyukuri

@thanks to all wishers@

Salam. Secara sengaja, penulis telah mengeluarkan satu statemenet yang obvious teramat sangat. Semua orang tahu banyak yang perlu disyukuri. Tetapi, sedarkah kita apa yang perlu disyukuri.

Baru2 ni, penulis diserang sakit perut yang membuatkannya terbaring diatas sofa dan tak mampu untuk berbuat apa2. Sekarang barulah dia sedar yang dia tidak mensyukuri nikmat kesihatan. Ada satu perkataan yang berkaitan dengan syukur iaitu.....

Kesusahan. Penulis(ye ke) mendefinisikan kesusahan sebagai ketiadaan syukur sewaktu senang. Sebenarnya, dalam susah, masih ada lagi nikmat yang masih kita ada. Contohnya, kita hilang duit dan kita rasa itu susah. Sedangkan kita masih ada tubuh badan yang sihat untuk mencari/melakukan sesuatu untuk mendapatkan duit itu semula.

Tetapi disebabkan kita asyik memikirkan tentang benda yang kita tiada, kita lupa tentang perkara yang kita ada. Ingat, manfaatkan nikmat yang Allah berikan kepada kita kerana sekiranya kita tidak manfaatkannya, itu satu pembaziran dan Syaitan sukakan pembaziran.

Wassalam

4 Comment(s)
Older Post | Newer Post