abduh's blog
366 of 366

ouh buruknya gambar. Inayat @ 1 Bukhari 

366 of 366
That signals the last day for 2012

2012 hampir
Melabuhkan tirainya
Menggulung tikarnya
Mengemas barangnya
Menghidupkan enjin keretanya
untuk
Meninggalkan kita buat selamanya
Tak mungkin kita akan bertemu lagi dengan tahun 2012.

Dalam tahun 2012 ni ada satu tarikh yang sangatlah cantik. 10/11/12
Itu nombor sahaja, jangan kaitkan dengan apa apa keajaiban yang berlaku pada tarikh tu :P

Kisah di 2012
  • Bermulanya tahun kedua aku di UTM KL
  • Aku mula mencapai target GPA yang umi tetapkan :D
  • Aku mula sibuk dengan pelbagai aktiviti
  • Aku lupa apa yang menarik yang aku lalui pada tahun 2012 :(

Azam pada 2013
  • Aku jarang meletakkan azam tahun baru masihi mahupun hijrah. So, takde lah :P

Budak sekolah mula sibuk dah,
Adik aku pun masuk darjah satu dah,
Sudah sudah lah.

Bila teman adik aku pegi sekolah tadi, teringat balik waktu darjah 1.
Eh, sebenarnya aku tak ingat sangat pun macam mana ragam aku masa mula mula masuk darjah 1.
Yang aku ingat, aku and the geng kena rotan sebab bising dalam kelas.
Baru darjah satu dah buat hal.
haha.

2012 ingin pergi, digantikan dengan tahun baru dengan cabaran dan rintangan yang baru dihadapan.
2013 kian hampir, adakah kita bersedia?

Imbas kembali apa yang telah kita lakukan pada tahun 2012, andai ada matlamat yang masih belum tercapai, teruskan usaha mencapai matlamat itu pada tahun 2013. 

Ambil masa sebentar,
Muhasabah,
Ingat semula kesalahan kesalahan kita,
Agar tidak diulangi pada tahun mendatang.
Moga tahun depan kita menjadi insan yang lebih baik daripada tahun ini.


Quote
Seorang mu'min tidak akan jatuh kedalam satu lubang dua kali , belajarlah daripada kesilapan. moga kita menjadi kuat selepas bangkit daripada dijatuhkan :D

Ila Liqa',
Assalamualaikum :)

0 Comment(s)
Older Post | Newer Post