abduh's blog
Untuk Aku? Untuk Kamu? Siapa tahu.

SMART GENERATION '12
mungkinkah dia yang ditakdirkan untukku ada dalam gambar ni? :P

Terlalu awal rasanya untuk aku bermadah tentang perkara ini. Tapi, sekadar berkongsi apa yang bermain di benak fikiran aku. Apa salahnya kan? :D

Bukannya aku menggatal, bukannya aku tak sabar. 
Aku ni nak beli makanan pun kena bajet bajet, lagilaa nak tampung orang kedua. eh? :P

Dulu, masa sekolah aku rasa dia lah untuk aku. Dia lah bakal makmum aku.
Tapi, eh? Kenapa masa diploma ni aku dah tak rasa apa apa dekat dia? 
Kenapa perasaan tu berubah dekat orang lain?
Boleh jadi bila aku sambung degree/kerja nanti, perasaan itu berubah pada orang lain.
SIAPA TAHU

Kenapa perasaan tu berubah-ubah? 
Kita tak boleh kawal, nak taknak mesti ada je orang yang kita suka.
Perasaan kasih + sayang tu Allah yang bagi.
Terima sahaja lah dengan hati terbuka.
Boleh jadi itu petunjuk yang DIA ingin berikan kepada kita.

JADI!
Kepada yang sudah berpasangan tetapi masih belum halal :D
Janganlah dok berjanji sana sini cakap nak kahwin bagai.
Belum tentu lagi dia jodoh kamu.
Belum tentu lagi dia teman hidup kamu.
Kalau rasa dia betul-betul untuk kau, teruskanlah berdoa moga hatinya ditetapkan :)

Some Quotes 
  • if you love someone, let that person go. If he/she comes back, that person is yours :)

Pesanan buat kaum hawa (daripada seorang sahabat)
  • lelaki semakin pupus, lebih lebih lagi lelaki yang baik. jadi, carilah timba-timba yang kian hilang di muka bumi ini :P


kbye

p/s : panda, i'm really sorry. 

0 Comment(s)
Older Post | Newer Post