abduh's blog
Aku, L4D2, dan Mindset (Part 3)

Ok malas taktau nak letak gambar apa. 
Bukannya wajib pun kan? 

Ada apa dengan mindset?

Kenapa kita rasa susah, orang lain rasa senang?
Kenapa kita excited, orang lain tak?
Kenapa kita rasa panas, orang lain tak rasa macam kita?
Kenapa oh kenapa?

Apa kata mereka?
MINDSET!

 kerja waktu cuti.
before and after
k selingan 

Kenapa kita rasa susah?
Awal awal kita dah kata benda tu susah, oh mengapa terjadinya begitu? Bukankah itu hanya persepsi awal minda kita sahaja?
Oh sesungguhnya tidak sahabatku.
Mindset itu ...  (tengok balik definisi dekat post lepas)
Mindset boleh mempengaruhi first impression kita.

Berdasarkan cerpen budak tadika di post post lepas.
Nampak tak betapa Karim dan Salim terasa susah bila Karim kononnya tukar difficulty tu?
Awal awal sebelum mula mission tu MINDSET diorang dah kata "mission ni lagi susah dari yg lepas"
Itu pasal la nampak macam susah je. Sebenarnya MACAM je, padahal sama je macam mission mission yang lepas.

Aku pelajar jurusan perakaunan. 
Dan pastinya orang sekeliling aku akan mengharapkan aku ambil ACCA satu hari nanti 
ACCA itu test untuk menjadi chartered accontant / akauntan bertauliah (lebih kurang macam tu lah)
Tapi,
Kenapa ada tapi?
Pada awal awal aku mendengar tentang test tersebut, orang tu cakap SUSAH. 
Sampai sekarang aku trauma nak sambung accountancy
Sampai sekarang aku trauma nak ambil ACCA
=='
kereta sorong juga merupakan kereta. 
bukankah ia berhak menggunakan jalanraya? 
k selingan lagi


Pernah tak rasa kita tak dapat apa yang kita harapkan?
Harapan itu sebahagian daripada mindset kita.
Contoh, kita pergi satu concert dimana artis tu kita tak kenal pun.
Orang lain berpendapat (amboi) yang artis tu suara sedap kemain.
Orang lain cerita berapi, berbuih kemain.
Kita pun percaya lah
Sebelum kita pergi concert tu, kita dah set dalam kepala hotak tu yang artis tu suara sedap, boleh memukau setiap seorang penonton yang mendengar
k LOL.

Sebaliknya, apa yang terjadi?
Suara artis tu sedap, memang sedap.
Tapi kita, tak rasa puas hati?
Mengapa oh mengapa?
Sebab kita meletakkan harapan yang tinggi.

Sehinggalah apabila concert berakhir, kita frust menonggeng tepi longkang yang tersedia di bahagian kiri jalan raya tu. 

Bukanlah niat aku menghalang meletakkan mindset-mindset positif. 
Cuma, janganlah terlalu meletakkan harapan yang tinggi terhadap sesuatu.
Andai tidak tercapai, aku tak mahu melihat kawan kawan aku frust menonggeng mahupun berguling di kerana perkara yang tidak sepatutnya.

Mohon maaf atas segala kesilapan juga kekhilafan di sepanjang 3 post yang berkait ini 

1 Comment(s)
Older Post | Newer Post