Aku perlu kamu, Kamu perlu aku
Sekarang ni aku tengah mengusahakan sebuah zoo.
Pada awalnya aku terima kerja ini, aku tidak terfikir pun
perkara ni susah
Dalam hati. Alaa, jaga zoo je pun.
Bila aku mula mengusahakan zoo ni.
Baru lah aku perasan pelbagai perkara.
Baru lah aku sedar aku tidak boleh mengusahakan sebuah zoo
seorang diri.
Aku perlukan kamu.
Ya, kamu yang sedang membaca ni.
Sebenarnya, aku dah jumpa balik game yang buat aku addicted
satu masa dahulu
Zoo Tycoon 2.
Dulu bukan zoo tycoon je, mall tycoon pun hado juga.
So, apa kaitan aku dengan kamu?
Nak jaga zoo ni bukannya senang.
Nak kena layan kerenah binatang yang tau makan, tidur,
beranak je. (LOL)
Nak kena layan kerenah pengunjung yang banyak bebenor
kehendak dia
Nak kena layan kerenah pekerja yang makan gaji buta. Dah la
banyak duit kredit sebab gaji pekerja je.
Okay abaikan segala rintihan seorang pengusaha zoo.
Dah lama lama main benda tu baru aku sedar.
Aku mungkin, hanya *mungkin* mahir dalam pengurusan sebuah
zoo.
Tetapi zoo yang diuruskan dengan baik tidak semestinya mudah
menarik pelanggan.
Jadi, aku perlu kamu.
Sekali lagi. Ya, kamu
Aku perlu kreativiti kamu.
Aku perlu kritikan kamu.
Setiap orang diberikan kemahiran dan kelebihan yang berbeza
beza.
Gunakanlah.
Eh, silap. Bekerjasamalah dengan orang sekeliling kita.
Kerana kita memerlukan kepakaran dan kelebihan yang mereka
ada yang tidak ada pada kita.
Dan aku yakin!
Mereka juga memerlukan kemahiran dan kepakaran yang ada pada
kita J
Aku dilahirkan Left-Handed. Orang kata Lefties ni kreatif,
sebab kita banyak pakai otak kanan.
Aku ni kurang sedar kat mana laa yang kreatif aku ni.
Kalau tengok zoo aku tu, memang serabut habis lah.
Aku bedal je letak benda tu benda ni.
Okay, so the main point is.
Dalam dunia ni kita saling memerlukan antara satu sama lain.
Setiap orang yang datang dalam hidup kita mesti ada sebab di
sebalik kehadirannya.
Mungkin kita rasa kehadiran beliau hanyalah untuk “annoy”
kita.
Tapi bila fikir fikir balik, kita sedar.
Dalam dunia ni ada juga orang macam tu.
Dan kita akan belajar macam mana nak deal dengan orang orang
macam ni. Eh
Bukankah Allah menciptakan
manusia ini pelbagai supaya kita mengenali antara satu sama lain?
J
0 Comment(s)