abduh's blog
Mengharungi dekad ke - 3

Cubaan yang tak berapa menjadi

Assalamualaikum
Alhamdulillah masih diberi nafas 
untuk hidup, 
untuk memperbaiki kesilapan, 
untuk berubah kearah yang lebih baik, 
untuk terus berbakti kepada ibu bapa,
untuk beribadah kepada yang Maha Esa.

Tanggal 10 November 2013 genaplah 2 dekad aku hidup. Dengan segala macam manusia aku jumpa, segala macam cabaran aku tempuhi dan juga segala macam kesilapan yang dibuat kecil mahupun besar.

Dekad Pertama dan Kedua sudah selamat rasanya di harungi.

Dekad Pertama

Zaman pengenalan kepada dunia, zaman penuh dengan kejar mengejar dengan rotan dan penyangkut baju akibat kedegilan. Zaman yang penuh dengan "kali pertama". Penuh dengan tangisan, sarat dengan pengajaran. Jatuh, bangun, terhantuk, benjol.

Dekad Kedua

Juga zaman pengenalan kepada dunia. Tetapi pada zaman ini sudah boleh memililh antara baik dan buruk, kawan yang baik dan juga sebaliknya, ilmu yang berguna dan yang tidak bermanfaat. Semuanya terletak pada diri sendiri. Kain yang dicorak oleh ibubapa kini dipegang sendiri, masa untuk mencorak kain itu sendiri. Zaman kegelapan (zaman kulit digelapkan). 

Dekad ke-3 pastinya aku lebih bersendirian,
Mencari ilmu dengan lebih sedikit bantuan,
Tetapi tidak mengapa kerana aku yakin aku dibimbing Tuhan.

Terima Kasih kepada yang mengucap selamat,
Apa yang penting bukan yang tersurat, 
Kerana Allah melihat apa yang tersirat,
Mohon dalam doa kalian namaku tersemat.

Hadiah dari adik :D


Pagi tadi dia panggil "abang turun, ada kek ni"
Rupanya kek tu blok yang dia susun susun yang kononnnya nampak macam kek.
LuL

K
Puisi buat semua,
(Ilham datang masa tengah sental rim kereta)

Sental lah kotoran yang masih boleh di sental,
Kerana apa bila ia sudah tidak boleh tanggal,
Baru kita tahu menyesal.

Buanglah mazmumah dalam hati,
Jangan sampai ia sebati,
Kerana apa bila ia sudah sebati,
Kita mungkin sudah tidak sedar diri.

Semai mahmudah dalam hati,
Semai juga dalam hati mereka yang disayangi,
Insya Allah dengan hati yang suci,
Hidup jadi lebih diberkati.

Assalamualaikum

0 Comment(s)
Older Post | Newer Post